Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 17 JANUARI 2017

AWANG naik geram apabila membaca muka depan akhbar ini semalam, tentang aksi panjat mercu tanda Ipoh yang dikongsi oleh pengguna Instagram. Pelakunya seorang lelaki nampaknya terikut-ikut dengan tindakan sekumpulan lapan remaja melakukan aksi serupa pada 27 Disember lalu, yang menjadi tular di laman sosial.

Amat malang kerana bukannya mengambil iktibar daripada kritikan pelbagai pihak terhadap tindakan kumpulan remaja terbabit yang terpaksa tampil meminta maaf, lelaki terbabit meniru pula aksi mereka.

Awang tidak dapat memikirkan logik tindakan ‘menempah maut’ yang dilakukan oleh kumpulan remaja dan lelaki terbabit selain hendak mencari glamor. Tanpa berfikir panjang tentang risiko perbuatan mereka, apa yang dipentingkan oleh kumpulan remaja dan lelaki berkenaan adalah keseronokan apabila aksi mereka menjadi tular dalam laman sosial. Mereka juga tidak kisah yang perbuat­an itu melanggar peraturan.

Justeru, Awang berharap pihak berkuasa dapat mempercepatkan siasatan terhadap kes panjat struktur tinggi yang membahayakan nyawa ini. Kenakanlah tindakan yang sewajarnya. Kita tidak mahu aksi sama berulang hanya gara-gara tidak ada tindakan diambil. Jika orang yang sudah dianggap matang pun boleh terpengaruh, tidak dapat dibayangkan jika kanak-kanak pula meniru aksi sama.

AWANG - Hentikan ‘kegilaan’ ini.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain