Kenyataan itu dilihat sebagai isyarat PRU-14 tidak lama lagi. Sememangnya pilihan raya kali ini amat penting. Ia dianggap sebagai bapa segala pilihan raya dan menjadi penentu masa depan negara.

Awang yakin rakan-rakan kita dalam kalangan kaum Cina amat memahami betapa pentingnya kestabilan politik yang secara langsung akan menyumbang kepada kemakmuran dan keamanan negara.

Oleh itu, Awang berharap mereka akan membuat pilihan yang tepat dalam pilihan raya kali ini.

Cukup-cukuplah termakan dengan hasutan parti-parti pembangkang yang agenda mereka semata-mata mahu merebut kuasa bukan memperjuangkan kepentingan rakyat.

Bagaimanapun, Awang difahamkan semakin ramai kaum Cina sudah ‘tawar hati’ kepada pakatan tersebut yang dilihat lebih banyak menabur janji berbanding kerajaan BN di bawah kepemimpinan Najib yang terus berusaha meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat tanpa mengira kaum.

AWANG – Selamat Tahun Baharu Cina.