Hakikatnya, bukan setakat golongan pekerja yang mengalami keadaan ini tetapi kanak-kanak juga berhadapan masalah yang sama. Jumlahnya semakin meningkat. Di manakah silapnya? Adakah disebabkan sistem pendidikan yang tidak menekankan aspek-aspek penjagaan kesihatan sejak di bangku sekolah atau ‘kemewahan’ yang dinikmati oleh rakyat?

Ingat bagaimana kajian menunjukkan 3,000 tan makanan yang tidak disentuh dibuang sebagai sampah setiap hari. Makanan juga menjadi salah satu punca pelbagai penyakit lain seperti kencing manis, kadar kolesterol yang tinggi dan tekanan darah tinggi.

Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah bagi mendidik rakyat untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Contohnya Kementerian Belia dan Sukan melakukan pelbagai program sukan. Begitu juga Kementerian Kesihatan. Malangnya, program-program ini belum cukup menyedarkan masyarakat.

Awang juga bimbang statistik yang dikeluarkan Perkeso itu boleh menjejaskan produktiviti apabila pekerja kerap cuti sakit. Kepada golongan pekerja ambillah peluang memanfaatkan baucar Program Saringan Kesihatan kerana masih ada baucar yang dikeluarkan sejak 2013 hingga tahun lalu belum digunakan.

AWANG - Sudah guna baucar