Sememangnya ia langkah yang tepat dalam usaha memastikan semua pusat tahfiz bukan sahaja berkualiti tetapi juga menyediakan infrastruktur lengkap dan benar-benar selamat.

Kita tidak mahu lagi kejadian di Pusat Tahfiz Ittifaqiyah berulang kerana ia suatu tragedi yang cukup menyayat hati.

Pada masa sama Awang berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu. Biarlah pihak berkuasa menyiasat dan bertindak.

Tidak perlu menuding jari atau menyalahkan mana-mana pihak, apatah lagi membuat komen-komen tidak bijak berhubung kejadian tersebut di laman-laman sosial. Jagalah hati dan perasaan ahli keluarga mangsa yang terlibat.

Awang – Tidak suka cari salah