Bagi Awang inilah akibat dan balasan kepada puak yang ­merasakan mereka sahaja suci dan bersih tetapi hakikatnya penuh masalah.

Mereka boleh sahaja meneruskan agenda untuk memburuk-burukkan kerajaan tetapi tidak akan ke mana. Ini me­mandangkan pemimpin pakatan itu sendiri bukan sahaja menghadapi masalah integriti tetapi juga moral.

Penggunaan kata-kata bagi menyerang kepemimpinan negara sudah menunjukkan pemimpin pakatan itu khususnya Lim Guan Eng sudah kehabisan modal untuk menyerang kerajaan Barisan Nasional (BN) dan juga menunjukkan mereka semakin panik kerana rakyat menolak propaganda mereka.

Apapun Awang berpendapat, kegagalan perhimpunan ­haram itu membuktikan rakyat tidak mahu lagi diperbodohkan oleh satu pakatan yang pemimpinnya hanya bijak menuding jari ‘kain orang lain terkoyak, sedang kain sendiri sudah terlondeh’.

AwANG – Tahu agenda DAP.