Dalam kalangan orang Melayu dan Islam, mereka bimbang hak mereka dihapuskan kerana diskriminasi. Walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy memberi jaminan bahawa Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan tidak akan dimansuhkan, tetapi kenyataan itu tidak meyakinkan.

Tidak perlu mana-mana pihak mempersoalkan hak orang lain yang telah dipersetujui sejak negara mencapai kemerdekaan. Justeru kerajaan tidak perlu terburu-buru mengambil keputusan.Apakah kewajarannya sedangkan perlembagaan sudah menjamin kebebasan beragama serta hak kaum-kaum lain?

Ingatlah, isu berkaitan Perlembagaan Persekutuan terutama melibatkan kaum dan agama amat sensitif. Sampai bila rakyat harus dibiarkan terperangkap di dalam isu-isu sebegini. Rakyat tidak perlu membuang masa membincangkan perkara yang sudah dipersetujui bersama.

Awang bimbang kemungkinan terdapat desakan luar yang cuba menghakis kedaulatan negara termasuk melalui meratifikasi ICERD. Sejak pilihan raya umum lalu, beberapa cadangan atau tuntutan ‘luar biasa’ dikemukakan. Adakah ia ada kaitan dengan desakan pihak luar? Jika benar, kita perlu pertahankan apa yang dipersetujui bersama mengikut acuan negara ini.

AWANG - Mahu ketenangan.