Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 16 MEI 2017

AWANG mengucapkan selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik. Terima kasih kerana mendidik anak-anak Malaysia. Sambutan hari ini merupakan pengiktirafan kepada guru-guru yang berjaya membentuk anak-anak menjadi insan yang berilmu. Sesuai dengan tema Guru Pembina Negara Bangsa, peranan golongan pendidik ini amat besar dalam melahirkan insan cemerlang dan berkualiti dalam membangunkan negara.

Guru umpama lilin yang membakar diri bagi menerangi ke­gelapan orang lain. Kesabaran mereka membolehkan anak-anak menulis, membaca dan mengira. Ilmu tidak datang sendiri tanpa guru. Dalam ledakan era digital hari ini, kemajuan teknologi diakui dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran secara kreatif tetapi ia tidak mampu mengambil alih peranan guru.

Bagi menghadapi cabaran yang semakin hebat dalam era teknologi ini, Kementerian Pendidikan harus sentiasa berusaha menambah baik kemudahan di sekolah serta meningkatkan latihan guru seiring kemajuan semasa. Biarlah guru lebih kreatif dengan idea-idea baharu dalam meningkatkan kualiti pendidikan.

Awang juga berharap, seluruh pendidik cekal mendidik anak-anak di semua peringkat. Bukanlah sesuatu yang mustahil, ada guru terpaksa berundur kerana tidak mampu memikul tanggungjawab. Mendidik anak-anak bukanlah kerja mudah lebih-lebih lagi dengan pelbagai kerenah murid-murid/pelajar dan sikap sesete­ngah ibu bapa. Semoga profesion guru akan terus dimartabatkan.

AWANG - Ingat cikgu sekolah rendah, menengah.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain