Membaca kisah rahsia kejayaan pelajar-pelajar itu, jelaslah bahawa peluang untuk mencatatkan keputusan cemerlang menjadi milik semua. Siapa pun mereka, peluang itu tetap ada. Syaratnya, setiap orang perlu ­berusaha dan bercita-cita untuk berjaya. Formula kejayaan juga tidak sama bagi setiap orang kerana masing-masing mempunyai pelbagai latar belakang kehidupan.

Ada pelajar yang dibelenggu kesusahan dan melalui laluan sukar untuk meningkatkan kecemerlangan akademik. Berbekal semangat dan tekad yang kuat, mereka berjaya. Kadang-kadang ada juga yang memiliki segala-galanya tetapi tidak mampu mencipta kejayaan yang diharapkan.

Kepada bakal-bakal calon yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini, jadikanlah kisah kejayaan ini sebagai pendorong untuk turut berjaya.

Awang juga berharap, pelajar-pelajar yang tidak berjaya atau gagal mendapat keputusan yang baik supaya terus beusaha. Jangan berputus asa. Pelbagai institusi kerajaan dan swasta bersedia menawarkan peluang untuk mereka terutama dalam bidang kemahiran. Pokok pangkalnya, usaha dan pandai memilih peluang.

AWANG – Berdebar tunggu keputusan SPR.