Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 15 OGOS 2017

AWANG mengharapkan pihak polis dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya berhubung kekecohan yang berlaku pada majlis Nothing to Hide 2.0 yang berlangsung di Shah Alam kelmarin. Insiden ini amat memalukan.

Walaupun program itu mendapat permit penganjuran tetapi hasilnya tidak ada jaminan keselamatan terhadap pemimpin dan peserta yang menghadiri program itu. Dalam hal ini Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) perlu bertanggungjawab supaya program seterusnya dapat memberi perhatian terhadap isu-isu keselamatan.

Pihak polis boleh menjalankan siasatan sama ada terdapat unsur-unsur sabotaj seperti yang didakwa. Begitu juga sejauh mana penganjur mematuhi syarat-syarat yang dietapkan. Adalah amat tidak wajar jika ada pihak yang cuba menuding jari terhadap orang lain seolah-olah melontar batu sembunyi tangan.

Kekecohan seperti membaling kerusi memang pernah berlaku dalam majlis anjuran parti politik tetapi tidak sampai ke tahap membaling suar. Ini politik samseng yang tidak sihat dan tidak wajar dijadikan budaya politik negara.

Awang juga sedih apabila insiden itu turut melibatkan seorang bekas pemimpin negara. Melihat suasana yang berlaku, jelaslah ada pihak yang sudah hilang rasa hormat terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad sehingga beliau hampir menjadi sasaran balingan objek.

Rasa tidak puas hati terhadap bekas pemimpin itu sudah tidak dapat disembunyikan lagi. Ambillah iktibar, usah ghairah berpolitik.

AWANG – Tidak ada yang disembunyikan

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain