Semua ini dihidangkan di hadapan rakyat bagi menghalalkan hubungan politik Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Pakatan Harapan, Kini, apa yang dilakukan oleh pembangkang dahulu adalah betul. Apa yang Dr. Mahathir lakukan ke atas musuh-musuh politiknya selama 22 tahun berkuasa pula bukan salah beliau.

Terbaharu Dr. Mahathir menyalahkan polis kerana memecat timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan rasuah dan liwat pada 1998. Hilang segala fakta bagaimana Dr. Mahathir menceritakan beliau sendiri menemubual individu yang menjadi mangsa Anwar bagi mendapatkan pengesahan.

Awang tidak faham bagaimana hal berat dan serius boleh dipermainkan sebegitu sekali. Hari ini boleh berkata lain esok boleh mengaku lain.

Maka Awang tidak terkejut kita akan terus dihidangkan dengan kenyataan pelik daripada politikus berusia 92 tahun itu yang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri ketujuh atas tiket parti pembangkang.

AWANG – Bersedia hadapi yang terburuk.