Sememangnya kesepakatan tiga agensi itu amat diperlukan dalam usaha memastikan tidak ada mana-mana ahli perniagaan yang cuba mengelak cukai setelah mengaut keuntungan berpuluh-puluh juta ringgit sebulan.

Awang difahamkan mereka yang melakukan perbuatan itu bukannya seorang atau dua orang, malah ramai lagi ahli ­per­­ni­agaan terkemuka melakukan perbuatan tersebut. Oleh itu, gejala berkenaan perlu dihentikan kerana ia melibatkan kerugian ratusan juta ringgit setiap tahun kepada kerajaan dari segi hasil cukai.

Selain itu, Awang juga percaya kerjasama tersebut akan dapat membanteras kegiatan penyaluran hasil wang haram, hasil perolehan wang haram dan transaksi haram melalui sistem kewangan.

Sebenarnya terlalu banyak cerita Awang dengar berhubung perkara itu, tetapi malangnya mereka yang melakukan ­per­bu­atan tersebut masih bebas dan tidak dikenakan sebarang tindakan. Oleh itu, melalui kesepakatan tiga agensi ber­kenaan, ia memberi harapan kepada rakyat bahawa perbuatan jenayah tersebut dapat dihapuskan.

AWANG – Ada banyak maklumat.