Jelaslah bahawa Malaysia bukan sekadar menawarkan pelbagai budaya dengan rakyatnya hidup dalam suasana harmoni.

Dalam menentukan pemilihan Malaysia itu, Retirement Index mengambil kira beberapa kriteria seperti kos sara hidup, penjaga­an kesihatan dan iklim. Pemilihan itu merupakan satu perkembangan yang baik kepada sektor pelancongan yang akan turut memberi limpahan terhadap sektor ekonomi lain di negara ini.

Pada masa yang sama, bagi mengekalkan kedudukan ini, semua pihak tidak seharusnya mengabaikan aspek penjagaan alam sekitar atau alam semula jadi. Hargailah alam ini sebelum dirosakkan oleh manusia sendiri. Begitu juga peranan rakyat dalam mempertahankan kestabilan negara ini.

Awang juga berharap, Tourism Malaysia dapat mengambil ke­sempatan ini untuk terus memasarkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan menarik di dunia terutama dalam kalangan pesara bagi menjana hasil kepada negara. Pengiktirafan ini tidak boleh disia-siakan. Perba­nyakkan kempen hebahan mengenai pelbagai kemudahan yang terdapat di Malaysia termasuk program Malaysia Rumah Keduaku.

AWANG – Kenali Malaysia Cintai Malaysia.