Tidak perlu gambar seumpama itu dimuat naik atau berkongsi dengan orang lain termasuk anak-anak buah. Malangnya gambar berkenaan terus berlegar di ruang media sosial dan aplikasi komunikasi seperti WhatsApp.

Semua ini gara-gara masyarakat ingin menjadi jaguh me­nyampaikan maklumat di media sosial. Memang, kemalangan itu bukanlah berita palsu tetapi jagalah sensitiviti keluarga mangsa. Cuba letakkan mangsa itu sebagai keluarga sendiri. Apa perasaan anda? Hentikanlah tindakan yang tidak beretika itu.

Mungkin juga pihak berkuasa boleh memulakan tindakan di bawah peruntukan yang sedia ada terhadap pihak yang menyebarkan maklumat sedemikian pada masa hadapan. Biarlah hukuman menjadi pengajaran kepada masyarakat.

Awang juga berharap pada masa yang sama, pihak sekolah dapat memastikan setiap garis panduan dipatuhi. Jadikan sekolah sebagai kawasan yang selamat untuk pelajar-pelajar dan guru-guru. Setiap sekolah mempunyai panduan berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan atau Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam pelbagai perkara. Elakkan kritikan dan pertikaian seperti berlaku sebelum ini termasuk berkaitan pe­nguatkuasaan disiplin.

AWANG – Patuhi etika.