Presiden UMNO itu menganggap apa yang berlaku bersifat sementara dan harga yang terpaksa dibayar untuk kembali kepada perjuangan UMNO sebenar.

Sememangnya UMNO sedang berhadapan cabaran getir selepas kehilangan kuasa dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Tiada kuasa memanglah satu dugaan apatah lagi bagi mereka yang tidak -pernah menjadi pembangkang.

Justeru Awang berharap semua ahli UMNO akan mendengar nasihat Ahmad Zahid demi kepentingan perjuangan parti keramat orang Melayu itu.

Awang tahu sudah pasti apa yang berlaku menimbulkan kegelisahan dalam kalangan mereka, tetapi mereka harus sama sekali tidak panik sehingga bertindak keluar parti secara beramai-ramai.

Pemimpin datang dan pergi tetapi UMNO perlu terus kekal di persada politik tanah air, bukan semata-mata kerana kuasa tetapi demi perjuangan untuk bangsa, agama dan negara.

Awang – Tetap sokong UMNO.