Jelaskan kepada rakyat mengenai pengurusan kewangan yang betul bagi mengelakkan perbelanjaan berlebihan, walaupun saranan itu mungkin tidak begitu popular. Langkah ini juga diharap dapat membantu peranan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara yang bertujuan mengatasi isu kos sara hidup yang membebankan rakyat terutama kenaikan harga barang.

Rakyat perlu diberi penjelasan yang secukupnya kerana kos sara hidup bukan hanya melibatkan harga barang. Permudahkan penjelasan supaya mereka lebih faham dan tidak mudah dipengaruhi kecaman oleh pihak yang sengaja menyalahkan kerajaan.

Hakikatnya, banyak faktor yang menyumbang kepada pe­ningkat­an kos sara hidup ini. Contohnya bekalan mengatasi permintaan, harga pasaran dunia serta perubahan gaya hidup.

Awang percaya, jika rakyat faham, mereka akan mengambil langkah berjimat. Kos boleh meningkat apabila berlaku perubahan cita rasa. Ada orang memilih perkhidmatan atau barangan yang lebih berkualiti apabila pendapatan meningkat. Tidak ramai yang sanggup menurunkan tahap kualiti walaupun berlaku kenaik­an kos. Semuanya bergantung kepada sikap individu itu sendiri.

AWANG – Mencari yang murah dan berkualiti.