Angka 14,000 pemegang ‘lesen terbang’ yang berjaya dikesan mungkin kecil berbanding jumlah keseluruhan pemandu yang memiliki lesen sah. Kesannya amat besar jika pemegang `lesen terbang’ ini melibatkan ‘pemandu’ kepada orang lain.

Lebih buruk jika mereka adalah pemandu pengangkutan awam. Jangan biarkan mereka menjadi penyumbang kemalangan yang turut melibatkan pengguna lain di jalan raya.

Satu gerakan besar-besaran perlu dilakukan bukan sahaja berkaitan ‘lesen terbang’ tetapi melibatkan pelbagai kesalahan lain seperti memandu tanpa lesen dan mempunyai saman trafik tertunggak. Hukuman yang lebih berat perlu dikenakan.

Awang percaya, ‘lesen terbang’ akan berterusan sekiranya wujud unsur-unsur penipuan, pemalsuan dokumen dan ra­suah. Orang awam atau penjawat awam yang bersubahat perlu dikenakan tindakan. Jabatan Pengangkutan Jalan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia perlu bekerjasama membanteras kegiatan ini.

AWANG - Bimbang ‘kereta terbang’ di lebuh raya.