Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 14 SEPTEMBER 2017

Awang sebenarnya malas hendak melayan kerenah politik Pakatan Harapan diketuai DAP. Ini memandangkan apa juga yang dibuat oleh kerajaan, semuanya tidak betul. Pemimpin-pemimpin tersebut hanya mahu berpolitik dan bersedia mempolitikkan apa sahaja, waima bak kata orang kalau lori terbalik sekali pun, ia akan dipolitikkan.

Begitulah juga apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan lawatan kerja ke Amerika Syarikat (AS). Lawatan itu dipolitikkan, ‘ayam sabung’ mereka melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas bagi memperlekehkan usaha Najib untuk memperkukuhkan hubungan dengan kuasa besar itu.

Awang tidak berniat mahu mengulas panjang apa yang mereka katakan pasal lawatan tersebut kerana hanya membazirkan masa sahaja. Sebaliknya apa yang Awang nampak Pakatan Harapan kini semakin terdesak. Mereka sudah kehabisan modal untuk ‘menyerang’ kerajaan dalam usaha meraih sokongan rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Oleh itu, apa yang cuba mereka lakukan adalah memperlekeh­kan segala usaha kerajaan membantu rakyat, mempersendakan rancangan kerajaan untuk membangunkan ekonomi negara dan memburuk-burukkan kejayaan kerajaan.

Justeru Awang berpendapat sementara segala tohmahan dan fitnah mereka perlu dinafikan tetapi dalam masa sama kita tidak perlu membuang terlalu banyak masa melayan satu kelompok yang Awang anggap ‘berkokok kuat tetapi ekor bergelumang dengan najis’. Apa maksudnya, Awang yakin semua faham. Jadi biarlah mereka ‘terjun dengan labu-labunya’.

AWANG – Benci politik kebencian.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain