Kejayaan itu membuktikan kesungguhan pasukan tersebut dalam memerangi kegiatan keganasan yang cuba dilakukan oleh pihak tertentu atas nama Islam. Apa yang membimbangkan, perbuatan pengganas jika betul-betul berlaku sudah pasti akan mencetuskan huru-hara di negara ini.

Oleh itu Awang menyokong penuh apa juga usaha yang dilakukan oleh PDRM dalam usaha tersebut. Kita tidak boleh memberi secebis pun ruang kepada kelompok yang boleh dianggap ‘tidak waras’ itu menggugat keselamatan negara.

Pada masa sama, Awang berharap lebih banyak kempen dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia khususnya umat Islam supaya tidak mudah terpengaruh dengan kelompok yang memperalatkan nama Islam dengan laungan jihad bagi menyertai perjuangan songsang mereka.

Apapun, Awang yakin PDRM berupaya menangani ancaman tersebut dan ia sudah terbukti hasil tangkapan demi tangkapan yang dilakukan. Tetapi apa yang penting orang ramai tidak boleh leka kerana kelompok pengganas ini sentiasa berusaha siang dan malam untuk melaksanakan agenda jahat mereka.

AWANG – Tahniah PDRM!