Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 14 OGOS 2017

GELANGGANG temasya Sukan SEA dibuka hari ini. Bola sepak dan bola jaring sebagai pembuka tirai. Awang berharap, dua acara ini dapat menjanjikan pingat emas untuk negara. Seluruh peminat sukan khususnya bola sepak sudah tentu menanti de­ngan penuh debar perlawanan sulung acara bola sepak yang menawarkan ibu segala pingat emas ini.

Beraksi di gelanggan sendiri, peminat-peminat bola sepak negara mengharapkan mata penuh hasil pertemuan menentang Brunei malam ini. Diharapkan, anak-anak buah Ong Kim Swee sudah bersedia menggalas harapan rakyat Malaysia yang pasti akan memberi sokongan padu.

Berada di luar `kumpulan maut’ dengan pasukan Indonesa dan Thailand akan memberi sedikit kelegaan kepada negara tuan rumah. Bagaimanapun jangan ambil mudah atau meng­anggap selamat dalam Kumpulan A. Setiap pasukan mempu­nyai kelebihan. Misi mereka juga untuk menang.

Selamat Datang kepada para pegawai dan atlet dari negara-negara peserta yang akan menyertai temasya ini. Bertandinglah atas semangat kesukanan. Elakkan gejala yang boleh merosakkan temasya atau kehilangan pingat yang dimenangi disebabkan pengambilan bahan terlarang.

Awang juga berharap, penyedia kemudahan dan perkhidmatan di semua lokasi acara dan penginapan dapat memastikan semuanya dalam keadaan terbaik sepanjang temasya ini. Jagalah imej Malaysia sebagai tuan rumah. Selamat berjuang!

AWANG – Sedia beri liputan terbaik

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain