Awang percaya kesemua pengemis asing ini bukanlah menghadapi masalah desakan hidup tetapi sudah menjadikan perbuatan mengemis sebagai satu pekerjaan memandang ia cara mudah bagi mendapatkan wang.

Sekarang bukan lagi masa beretorik atau memberikan seribu satu alasan untuk menutupi kelemahan mana-mana pihak me­ngatasi masalah itu. Masanya sudah tiba untuk pihak berkuasa benar-benar serius menangani gejala tersebut yang jika dibiarkan boleh menyebabkan negara ini menjadi ‘syurga’ kepada pengemis asing.

Awang percaya kalau pihak berkuasa bersungguh-sungguh mengatur strategi membanteras gejala berkenaan, sudah pasti aktiviti pengemis asing ini dapat dibanteras. Kalau aktiviti judi haram mampu diatasi oleh pihak berkuasa dengan berkesan, apakah sindiket pengemis asing ini jauh lebih hebat daripada sindiket judi sehingga begitu sukar diatasi?

Oleh itu, Awang berharap pihak-pihak terlibat ‘bangunlah dari tidur’. Jangan memandang remeh masalah pengemis asing ini ke­rana ia juga berkaitan dengan imej negara. Proaktiflah dalam bertindak dan bukan sekadar hanya bijak membuat kenyataan sahaja.

AWANG – Bosan dengar alasan.