Isu yang menjadi perkara pokok penolakan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini berkisar kuasa IPCMC yang dilihat sebagai suatu mimpi ngeri menghantui mereka.

Ada cakap-cakap bahawa suruhanjaya itu cuba memantau polis dari luar yang dikhuatiri menghasilkan drawing back syndrome dalam kalangan pegawai polis.

Adalah lebih baik, kata pengkritik, tanggungjawab membanteras rasuah dalam PDRM diserahkan saja kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mempunyai staf terlatih dan berpengalaman. Maka, perlu apa IPCMC.

Malah, kuasa meluas dikuasai IPCMC itu kemungkinan diambil kesempatan oleh pihak-pihak dari dalam dan luar negara yang ada agenda untuk menggugat kestabilan negara.

Ini dengan menjadikan IPCMC batu loncatan gerakan mereka. Begitupun, Awang percaya kerajaan ada hujahnya sendiri apabila mempersetujui penubuhan IPCMC, yang dijangka dibentuk hujung tahun ini.

Apa yang menjadi kebimbangan PDRM berkenaan IPCMC sudah pun dijawab dalam pertemuan bersama Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC).

Ini termasuk soal kuasa polis, hak merayu dan soal berkaitan disiplin.

AWANG - Makmurkan kritikan membina.