Sebenarnya, tidak ada kompromi terhadap mana-mana pihak termasuk media yang cuba melakukan sesuatu termasuk membuat laporan yang boleh menjejaskan keselamatan negara. Adalah menjadi tanggungjawab pengamal media untuk memastikan kebebasan yang diberi itu tidak disalah gunakan.

Laporan atau berita mestilah bertanggungjawab. Elakkan sebarang laporan yang boleh mencetuskan huru hara atau ke­tegangan. Selama ini pengamal media konvensional sentiasa berhati-hati sebelum menyiarkan laporan .

Pengamal media sama ada konvensional atau media sosial perlu bersedia untuk menilai sendiri sama ada sesuatu berita atau laporan yang berkaitan itu palsu atau benar. Jika tidak, mereka terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Awang sedar, kebebasan media atau akhbar adalah salah satu unsur penting dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Media harus diberi ruang untuk menyampaikan pandangan atau suara hati rakyat tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Suara hati itu pula bukan berbentuk hasutan atau andaian yang boleh menimbulkan ketegangan.

AWANG – Hargai kebebasan.