Sudah tentulah ramai penjawat awam berasa tenang sedikit selepas dihujani dengan pelbagai berita mengenai kedudukan mereka yang kini berjumlah 1.7 juta. Awang sentiasa menghargai pengorbanan dan perkhidmatan yang diberikan penjawat awam.

Tidak dapat dinafikan ada kelemahan perlu diperbaiki. Tetapi pengalaman Awang sepanjang berurusan dengan jabatan-jabatan kerajaan, ia amat memuaskan hati. Justeru Awang berharap dengan penjelasan Ketua Pengarah JPA itu adalah wajar, polemik berhubung jumlah penjawat awam dihentikan.

Awang bimbang emosi mereka terganggu sehingga menjejaskan perkhidmatan kepada rakyat.Awang tahu majoriti mereka komited dan bangga menjadi penjawat awam, oleh itu janganlah kita mencetuskan apa-apa polemik atau isu yang melemahkan semangat mereka.

Awang yakin kerajaan prihatin dan tidak bertindak terburu-buru dalam isu ini.

Awang - Ramai saudara dalam penjawat awam.