Ini kerana sejak awal lagi Awang melihat bekas Perdana Menteri itu tidak serius dalam menangani kemelut dalaman PPBM, sebaliknya beliau lebih banyak menghabiskan masa menyerang bagi tujuan menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dr. Mahathir tidak peduli pun apa yang berlaku dalam PPBM kerana parti itu bukan ditubuhkan untuk memperjuangkan nasib rakyat dan negara tetapi demi melunaskan dendam politik kepada Perdana Menteri.

Berdasarkan bayangan diberikan oleh Dr. Mahathir itu ia boleh dianggap isyarat bahawa dalam PRU-14, kesemua calon PPBM akan menggunakan logo DAP. Awang bersimpati dengan penyokong-penyokong PPBM yang akan berarak dengan membawa bendera DAP bukan parti sendiri.

Apa pun Awang yakin Dr. Mahathir sudah tenggelam punca dalam mengakhiri karier politiknya. Malang sekali seorang pe­mimpin yang selama ini disanjung cukup hebat dan bertaraf negarawan akhirnya tersungkur ‘di kaki’ DAP.

AWANG - Tahu politik DAP.