Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 14 MAC 2017

AWANG mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan penahanan 12 anggota penguat kuasa daripada pelbagai agensi penguatkuasaan. Mereka disyaki terlibat dengan rasuah di Selangor dan Kuala Lumpur.

Amat mendukacitakan kerana mereka yang diberi amanah mengambil tindakan terhadap pengusaha premis yang melanggar undang-undang bertindak sebaliknya demi kepentingan diri sendiri.

Lebih mengejutkan mereka dikatakan menerima rasuah secara bulanan. Jika ini menjadi amalan penguat kuasa, sampai bila aktiviti premis haram ini akan berakhir? Sebelum ini banyak pihak termasuk media mendedahkan operasi premis judi dan rumah urut secara ha­ram tetapi tidak ada tindakan yang tegas diambil.

Sebaliknya, pemilik premis lebih berani menjalankan kegiatan ha­ram dan tidak bermoral. Pada masa yang sama penguat kuasa pula masing-masing menuding jari mencari kesalahan orang lain.

Tindakan SPRM ini diharap akan membuka mata pihak-pihak yang terlibat supaya bertindak mengikut prosedur yang ditetapkan dan tidak melindungi premis yang bersalah. Undang-undang dan peraturan perlu dipertahankan.

Awang suka mengingatkan bahawa rasuah memang satu kesalahan yang hanya menguntungkan penerima dan pemberi. Pe­nerima mendapat habuan dan pemberi bebas melakukan aktiviti haram. Mereka lupa kesan buruk terhadap masyarakat. Maka adalah tidak wajar melindungi premis yang beroperasi tanpa lesen, menggaji pendatang tanpa izin dan melanggar aspek keselamatan kebakaran.

AWANG – Tunggu reaksi penguat kuasa.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain