Setiap kali musim perayaan, beberapa barangan keperluan seper­ti ayam, telur, daging lembu dan kelapa mendapat permintaan tinggi. Pada ketika itu akan timbul alasan kononnya berlaku kekurang­an bekalan sehingga mendorong harga barang­an ber­kenaan dinaikkan sesuka hati. Semalam, Kementerian Perdagang­an Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyenaraikan 21 jenis barangan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Kawalan harga mulai Jumaat ini melibatkan lapan hari sebelum perayaan, hari raya pertama dan lima hari selepas perayaan.

Dalam tempoh itu, pengguna harus pastikan tidak ada kenaik­an melampau. Janganlah kerana terdesak dan amat memerlukan barangan berkenaan, pengguna menutup mata dengan kenaikan itu. Bertindaklah demi kebaikan bersama supaya tidak ada yang terbeban akibat kerakusan peniaga yang tidak beretika ini.

Awang juga berharap, semua pihak dapat memberi kerjasama memerangi kenaikan harga ini. Hubungilah pegawai pe­nguat kuasa di pasar awam, pasar tani dan pusat beli-belah bagi menyalurkan maklumat. Pihak berkuasa pula diharap dapat memastikan bekalan barangan berkenaan mencukupi.

AWANG - Beli daging lembu di pasar tani.