Bagi Awang, ia adalah langkah tepat untuk mengajar pemilik-pemilik restoran tersebut menghormati undang-undang. Mereka tidak boleh dibiarkan mengambil kesempatan bagi meraih keuntungan tanpa mempedulikan kesannya kepada pelanggan.

Dalam soal ini juga, Awang berharap kementerian turut akan memastikan peniaga-peniaga lain tidak akan meletakkan harga ba­ra­ngan mereka sesuka hati. Ketika ini, masih kedengaran keluhan orang ramai bagaimana harga barang tetap tidak turun biarpun GST sudah berada pada kadar sifar.

Justeru, operasi penguatkuasaan perlu dilaksanakan secara lebih agresif kerana kenaikan harga barang ada kaitannya dengan kos sara hidup yang masih lagi membelenggu rakyat secara keseluruhannya.

Awang percaya jika tindakan tegas seumpama itu dapat dilakukan, sudah pasti tidak akan wujud peniaga-peniaga tamak tidak kira apapun barangan yang mereka jual. Selain itu, pengguna juga perlu bijak menggunakan hak mereka untuk melaporkan kepada pihak berkuasa atau memboikot peniaga terlibat sebagai pengajaran.


AWANG – Benci peniaga tamak.