Kini bermulalah lembaran baharu kerjasama dalam pengang­kutan awam. Sebagai projek yang disifatkan amat besar, amat sukar dan amat luas kerana melibatkan dua buah negara berjiran, pelbagai spekulasi yang bakal timbul sama ada berhubung pembinaan dan pengendalian sistem memerlukan penyelesaian yang boleh meyakinkan semua pihak.

Setakat ini, melalui perjanjian dua hala Malaysia dan Singapura itu, beberapa perkara berkaitan telah diperincikan termasuk aspek teknikal, keselamatan dan komersial. Seperti yang dirancang, projek ini diharap dapat digerakkan mulai awal tahun hadapan.

Adalah menjadi harapan semua, projek ini bukan sekadar memudahkan pengguna sampai ke destinasi terakhir mereka antara dua bandar utama dalam tempoh 90 minit tetapi juga me­nyaksikan pertumbuhan ekonomi di kawasan enam stesen lain yang terlibat. Lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan di bandar-bandar kecil di sepanjang stesen kereta api itu.

Awang juga berharap, perancangan yang bakal dibuat akan mengambil kira kaedah untuk menggalakkan orang ramai menggunakan kemudahan ini sebagai mod pengangkutan jangka panjang. Pastikan stesen terlibat diintegrasikan dengan mod ­pe­ngangkutan lain bagi membolehkan perkhidmatan pintu ke pintu.

AWANG – Selesa perkhidmatan tren elektrik