Oleh itu, Awang berharap mana-mana parti politik terutama parti-parti yang menganggotai gabungan pembangkang PKR berhentilah untuk menyerang SPR yang kita yakin bertujuan menjejaskan kredibiliti suruhanjaya itu.

Sudah berpuluh-puluh kali SPR menjelaskan bagaimana penentuan bila pilihan raya dilakukan. Ia bukanlah diputuskan sewenang-wenangnya sebaliknya melibatkan perundingan melibatkan tujuh anggota suruhanjaya berkenaan.

Walaupun SPR menjalankan kerja-kerja berkaitan politik iaitu ­pilihan raya tetapi ia bukanlah parti politik, justeru tidak wajar untuk menyeret suruhanjaya tersebut dalam polemik politik.

Kalau mahu menyatakan SPR bersekongkol dengan kerajaan, Awang fikir sudah lama parti-parti pembangkang tidak akan memenangi sebarang kerusi sama ada di peringkat Parlimen mahupun ­Dewan Undangan Negeri.

Oleh itu, seperti mana kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak payahlah mengajar SPR bagaimana mahu buat kerja. ­Berilah kebebasan sepenuhnya kepada SPR untuk ­melaksanakan ­tugasnya dengan penuh bertanggungjawab dan ­ber­­integriti.

Awang – Sentiasa sokong SPR.