Pertandingan dwi tahunan, edisi keempat ini merupakan debat bahasa Arab paling berprestij. Jelaslah, pendebat Malaysia amat cemerlang ketika berhadapan dengan pendebat terutama bahasa ibunda mereka adalah bahasa Arab.

Lebih mencabar apabila pasukan yang layak ke pertandingan akhir diberi tajuk setengah jam sebelum pertandingan. Tiada kemudahan seperti telefon bimbit atau komputer untuk mencari jawapan. Semuanya bergantung kepada semangat berpasukan serta keupayaan untuk berhujah dengan baik.

Turut menarik perhatian apabila UIAM mencatat sejarah sebagai pasukan pertama yang diwakili bukan penutur asal bahasa Arab layak ke pertandingan akhir.

Awang berharap kemenangan ini dapat menyuntik semangat kepada semua pihak untuk mempelajari seterusnya menguasai pelbagai bahasa. Mempelajari bahasa asing bukanlah sesuatu yang sukar sebaliknya lebih mudah jika didorong oleh kemahuan yang tinggi dan percaya kepada diri sendiri.

AWANG – Tunggu Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu