Premis yang terlibat juga bukan setakat sekolah, pondok atau tahfiz tetapi juga pejabat dan kondominium. Pendedahan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia itu perlu diberi perhatian serius. Sikap kebanyakan orang kita adalah lebih gemar me­nunggu kejadian lebih-lebih lagi melibatkan kematian.

Buanglah sikap sudah terantuk baru tengadah demi ke­selamatan diri, keluarga dan orang awam. Hakikatnya, banyak tempat yang dikategorikan tidak selamat kerana tidak memiliki sijil perakuan bomba (FC) dan juga gagal mematuhi syarat menghapuskan bahaya kebakaran (MBK).

Persoalannya bagaimana situasi ini boleh berlaku lebih-lebih lagi melibatkan kawasan tumpuan ramai? Adakah disebabkan kerenah birokrasi atau penguatkuasaan? Perbaikilah kelemahan yang ada termasuk hukuman sekadar denda.

Awang tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak. Mungkin pemaju hanya pentingkan sijil layak menduduki (CF) tanpa memikirkan keperluan keselamatan lain. Jika ia satu ke­cuaian, pihak mana yang harus dipertanggungjawabkan? Apa pun alasan, tindakan tegas perlu diambil supaya pemilik bangunan lebih bertanggungjawab terhadap isu keselamatan.

AWANG - Bimbang ada CF tanpa FC