Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 13 MEI 2017

Kerajaan PKR Selangor yang dibentuk bersama DAP dan Pas seperti diduga akhirnya menemui kegagalan. Terbatalnya talaluf siyasi Pas-PKR, bagi Awang menjadi satu lagi fakta politik bahawa pakatan pembangkang tidak pernah serius untuk menjaga kepentingan rakyat.

Selama berdekad-dekad parti-parti pembangkang yang berbeza ideologi cuba bergabung tetapi realitinya tiada formula yang sesuai untuk mereka. Punca utamanya ialah tiada keikhlasan. Masing-masing mahu menjaga kepentingan kelompok sendiri.

Bagi kes Selangor, Awang melihat keadaannya lebih kronik. Mereka gagal semasa sedang memegang kuasa. Kesannya lebih buruk kerana rakyat biasa yang akan terkena tempiasnya.

Apa yang berlaku di Selangor adalah contoh bagaimana pakatan pembangkang walaupun menggunakan nama yang muluk-muluk hakikatnya mereka lebih sibuk berpolitik berbanding menguruskan hal ehwal rakyat.

Selepas kepemimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dianggap paling bersih dan cekap ditumbangkan dengan Langkah Kajang, penggal pertama pentadbiran Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kini menunggu detik untuk kecundang gara-gara percakaran politik.

Banyak yang boleh dipelajari daripada kegagalan demi kegagalan pakatan pembangkang. Contoh terbaharu di Selangor seharusnya menyedarkan rakyat betapa mereka tidak boleh diberikan harapan untuk berkuasa.

AWANG – Bosan cerita politik pembangkang.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain