Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 13 MAC 2017

AWANG mengalu-alukan pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bersedia mendahulukan rakyat dalam kerjasama dengan Pas bagi kesejahteraan penduduk di Kelantan. Beliau bertekad untuk membawa pembaharuan di negeri itu dengan melaksanakan lebih banyak projek pembangunan untuk rakyat.

Saranan supaya pemimpin Pas mengetepikan ideologi sempit politik kepartian juga kena pada masanya. Politik sempit yang keterlaluan tidak menguntungkan mana-mana pihak malahan rakyat menjadi mangsa. Walaupun politik kepartian tidak dapat dipisahkan tetapi untuk memastikan rakyat tidak ketinggalan dalam arus pembangunan, kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Nege­ri Kelantan perlu diberi perhatian.

Politik ada masa dan hadnya. Lupakan seketika soal politik tetapi tumpukan kepada kerjasama untuk kepentingan bersama. Kerjasama yang ditunjukkan Pas dalam beberapa isu sebelum ini perlu diteruskan pada masa hadapan.

Sesuatu yang perlu dihargai ialah pendekatan yang diambil oleh Najib ketika ini adalah tidak ­menghukum rakyat negeri itu walaupun kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pas. Berdasarkan peruntukan yang dibuat, banyak yang ingin dilaksanakan di negeri itu.

Awang percaya dengan komitmen yang ditunjukkan Najib. Rakyat Kelantan akan terus menikmati pelbagai kemudahan sama ada ekonomi, kesihatan, pendidikan dan sebagainya. Diharapkan usaha ini tidak dirosakkan oleh musuh-musuh politik yang cemburu dan sentiasa mencari jalan untuk menjejaskan kerjasama ini.

AWANG – Bukan ahli politik.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain