Mereka memilih kereta tersebut hanya kerana ditawarkan dengan harga murah dan tidak munasabah. Bayangkan anda boleh memiliki kenderaan mewah seperti BMW atau Mercedes hanya pada harga serendah RM6,000.

Tetapi hakikatnya mereka menanggung risiko kerana ken­deraan itu menggunakan nombor plat dan cukai jalan yang diklon. Jika berlaku kemalangan, pemilik kereta tersebut tidak dilindungi insurans.

Awang berharap pihak berkuasa akan membanteras habis-habisan kegiatan sindiket kereta klon ini. Bagi Awang, golongan itu melakukan jenayah kerana sanggup mempertaruhkan nyawa orang lain semata-mata mahu hidup mewah.

Begitu juga kepada pembeli khususnya generasi muda yang terpengaruh mahu hidup bergaya dengan membeli kereta klon. Berfikirlah untuk jangka masa panjang dan bukannya mahu berseronok sahaja. Apa yang mereka lakukan adalah salah di sisi undang-undang dan hanya mengundang penyesalan di kemudian hari.

AWANG – Tidak suka bergaya.