Kenalilah punca yang boleh membawa seseorang itu terlibat dengan gejala rasuah. Kadang-kadang puncanya datang tanpa disedari sehingga akhirnya boleh membawa kepada salah guna kuasa atau melanggar peraturan yang ditetapkan. Contohnya, jemputan makan malam. Memenuhi undangan mungkin boleh diterima tetapi lanjutan pertemuan itu, mungkin merebak kepada agenda lain yang mendorong pelaku `mencuri’ hak orang lain.

Berhati-hatilah dengan niat pihak yang mengundang supaya akhirnya kita tidak terperangkap.

Rasuah boleh dibendung sekiranya, pemberi turut menginsafi bahawa tindak tanduk mereka memberi suapan menyebabkan gejala itu berterusan. Kata orang, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Pemberi dan penerima perlu sama-sama insaf.

Awang percaya dalam sesetengah kes, ia hanya dengan niat untuk menolong atau membantu tetapi lama kelamaan terpesong kepada rasuah. Amat penting bagi setiap orang tanpa mengira kedudukan atau pangkat menjaga etika ketika bertugas serta membendung hawa nafsu untuk hidup mewah dan bergaya. Jangan jual beli kesetiaan dan kejujuran semasa menjalankan tugas.

AWANG – Amal polisi tanpa hadiah.