Undang-undang tidak mengecualikan sama ada warga tempatan atau asing. Lebih mendukacitakan apabila mereka melakukan kesalahan secara berulang. Undang-undang sesebuah negara perlu dihormati. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.

Pengusiran juga perlu dilakukan terhadap warga asing yang menyalahgunakan permit untuk menjadi pemandu teksi. Pihak Imigresen dan agensi seperti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak boleh berdiam diri berhubung kegiatan ini.

Tidak pasti pula sama ada warga asing dibenarkan membawa GrabCar, Uber atau perkhidmatan pengangkutan lain yang melibatkan operasi di jalan raya. Jika tidak dibenarkan tetapi masih berlaku, Imigresen perlu bertindak.

Banyak lagi kesalahan yang dilakukan melibatkan warga 
asing perlu tindakan lebih tegas termasuk pengusiran.

Awang percaya warga asing akan terus melanggar undang-undang jika tidak ada tindakan tegas. Contohnya, ramai yang mendapat visa pelajar tetapi melakukan pelbagai pekerjaan termasuk aktiviti tidak bermoral. Tindakan amat bersepadu. Kita tidak mahu sikap atau kesalahan mereka `dilindungi’ sehingga menimbulkan masalah lain dan menjejaskan imej negara.

AWANG – Teringat pemandu teksi Pakistan.