Pengguguran itu adalah sama ada disebabkan pres­tasi buruk dan tidak menunjukkan peningkatan, masalah disiplin termasuk kegagalan dalam ujian doping atau masalah kepemimpinan persatuan. Peminat sukan boleh menilai sendiri faktor mana yang menjadi punca. Pengguguran itu merupakan tamparan hebat kepada persatuan untuk membangunkan semula sukan berkenaan

Secara keseluruhannya, biar apa pun faktornya, tumpuan sudah tentu kepada kepemimpinan. Setiap persatuan memainkan peranan utama untuk mencorak atlet di bawah naungan mereka. Persatuan tidak perlu menuding jari mencari silap di sana sini.

Awang yang lebih cenderung dengan sukan sepak takraw kerana terlibat secara langsung dalam penganjuran untuk mempopularkan sukan ini turut kecewa. Persa­tuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) perlu muhasabah. Apa sudah jadi dengan sukan yang suatu masa dulu menjadi kebanggaan negara tetapi kini tercorot?

Negara-negara yang baharu muncul pula mencatat ran­king lebih baik. ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, Malaysia tidak mempunyai wakil dalam Majlis Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) bagi penggal 2018-2021. Di mana silapnya?

AWANG - Dah lapan tahun di gelanggang takraw