Pada pandangan Awang ketegasan Muhyidddin itu termasuk mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan segera amat tepat kerana perbuatan tersebut boleh mencetuskan kemarahan rakyat khususnya orang Melayu.

Awang bimbang jika perbuatan biadab itu dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan ia akan memungkinkan lebih ramai lagi mengambil kesempatan untuk melakukan perbuatan menghina institusi beraja.

Justeru mereka tidak boleh dilepaskan. Puak ekstrem ini perlu diburu hingga ke lubang cacing dan diseret ke muka pengadilan. Apapun alasan mereka menghina sesiapa juga apatah lagi raja-raja tidak boleh diterima sama sekali.

Awang yakin kecekapan pihak polis dalam menjalankan siasatan kes ini. Dan pada masa sama Awang berharap tidak ada lagi mana-mana pihak cuba melakukan perbuatan biadab tersebut kerana ia tidak akan menguntungkan sesiapa sebaliknya boleh menjejaskan keharmonian negara.

Oleh itu bertindaklah segera seperti mana diarahkan Muhyiddin sebelum menjadi semakin buruk.

Awang - Tetapi hormat pemimpin