Tanyalah pengguna ETS yang sering pulang ke kampung di negeri-negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Walaupun ada ketikanya harga tiket ETS mengatasi tambang murah kapal terbang, sambutan yang diterima amat baik. Setiap hujung ming­gu tiket ETS kehabisan jika tidak ditempah lebih awal.

ECRL bukan sekadar kemudahan tetapi memberi impak positif terhadap pertumbuhan ekonomi negeri-negeri di pantai Timur terutama di Kelantan. Projek ini akan mewujudkan 45,000 peluang­ pekerjaan dan secara tidak langsung mendorong rakyat supaya tidak berhijrah untuk mencari rezeki di Lembah Klang.

Begitulah kesan pembangunan yang dirancang oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Awang berharap, isu berkaitan kemudahan rak­yat tidak dipolitikkan. ECRL bukan sekadar menyediakan perjalanan yang selesa tetapi juga menjimatkan masa perjalanan melalui jalan raya. Amat malang jika ada pihak yang sanggup mengorbankan projek ber­kenaan atas alasan pembaziran atau bukan keperluan mendesak. Cukuplah pembangunan terabai hanya di­sebabkan politik.

AWANG - Sering guna ‘kereta api’.