Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 13 APRIL 2017

AWANG tidak pasti berapa ramai individu dan syarikat yang ­menyedari bahawa kegagalan melapor cukai atau gagal memberi maklumat yang tepat boleh dikenakan penalti. Jika ketika ini pe­nalti dikenakan sebanyak 45 peratus nilai cukai, mulai awal tahun depan jumlah itu akan dinaikkan kepada 100 peratus.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memberi peluang kepada mereka yang cuba mengelak cukai untuk tampil menunaikan tanggungjawab tetapi masih ada yang gagal berbuat demikian. Mungkin menganggap LHDN tidak mampu mengesan mereka.

Diharapkan pelaksanaan penalti maksimum itu akan memberi kesedaran kepada pembayar cukai untuk menjelaskan cukai pendapatan. Pembayar cukai pula jangan menyeleweng berkaitan maklumat pendapatan kerana LHDN boleh pada bila-bila masa menjalankan siasatan sekiranya timbul keraguan.

Adalah amat penting bagi pembayar cukai mengemukakan maklumat yang betul bagi mengelakkan penalti yang lebih tinggi berbanding kadar cukai sebenar yang perlu dijelaskan.

Awang juga berharap, LHDN akan terus berusaha untuk memastikan setiap orang atau syarikat yang mempunyai pendapatan mengisytiharkan pendapatan masing-masing. Jejakilah mereka yang cuba mengelak untuk tidak membayar cukai.

Tidak adil bagi golongan yang berpendapatan tinggi atau mengaut keuntungan hasil perniagaan terlepas daripada menunaikan tanggungjawab ini sedangkan orang lain terutama golongan pekerja yang bergaji tetap menunaikan tanggungjawab mereka.

AWANG - Buat potongan cukai berjadual.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain