Almarhum yang mewarisi takhta Kedah daripada ayahanda baginda pada Julai 1958 sebelum ditabalkan secara rasmi pada Februari 1959 amat disayangi oleh rakyat khususnya rakyat Kedah.

Selain itu, Almarhum Tuanku Abdul Halim juga mencatatkan sejarah sebagai sultan pertama menjadi Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali iaitu pada 21 Disember 1970 hingga 20 September 1975 dan pada 13 Disember 2011 hingga 13 Disember 2016.

Dalam kalangan rakyat khususnya rakyat Kedah, mereka amat menyayangi Almarhum baginda yang dianggap berjiwa rakyat dan sentiasa mengikuti perkembangan mereka dari semasa ke semasa.

Almarhum Tuanku Abdul Halim sentiasa menekankan soal perpaduan dalam kalangan rakyat dan mahu mereka bersatu padu dengan mengelakkan perpecahan. Sesungguhnya kemang­katan baginda pasti bukan sahaja akan dirasai oleh rakyat Kedah tetapi juga seluruh negara.

AWANG – Al-Fatihah.