Bukan apa, penahanan untuk siasatan ini berlaku selepas tujuh hari Pulau Pinang menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Ikrar itu pula dibuat selepas ‘drama politik’ bantahan daripada Ke­tua Menteri, Lim Guan Eng. Bagi Guan Eng, prinsip Cekap, Amanah dan Telus (CAT) yang dilaksanakan sejak 2008 lebih berkesan membasmi rasuah dan penyalahgunaan kuasa berbanding IBR.

Bagi memenuhi kehendak Guan Eng, IBR pun ditambah dengan 10 langkah lagi. Yang Awang dapat rasakan, Guan Eng mahu memberi imej beliau dan Pulau Pinang lebih bersih berbanding pihak lain.

Tetapi penahanan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri itu semalam dari segi persepsi umum, menunjukkan sebaliknya. Pulau Pinang, tanpa mengetepikan asas tidak bersalah sebelum dibuktikan, tidaklah sebersih yang diuar-uarkan.

Lagi pula penahanan Boon Poh itu berkait dengan isu kilang haram yang te­lah menjadi rahsia umum seolah-olah dilindungi pihak-pihak ter­tentu. Apa yang Awang harapkan penahanan untuk siasatan ini tidak dijadikan satu lagi drama politik. Hadapilah dengan profesional.

AWANG – Tabik SPRM.