Awang tidak tahu apakah motif kedua-dua ADUN tersebut membuat kenyataan sedemikian tetapi apa yang pasti orang Melayu sudah menyatakan bantahan secara terbuka sama ada mewakili parti politik atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Oleh itu walaupun DAP mempunyai suara besar dalam Pakatan Harapan yang kini menjadi kerajaan, Awang berharap bantahan oleh orang Melayu juga perlu diambil kira sebelum apa-apa keputusan dibuat.

Apa yang kita bimbangkan isu ini jika tidak ditangani dengan betul bukan sahaja boleh mencetuskan kemarahan orang Melayu dan umat Islam tetapi juga memecah belahkan perpaduan kaum di negara ini.

Awang berharap kerajaan tidak akan tersalah langkah dalam hal ini dan tidak tunduk dengan sebarang desakan yang mahu ICERD diratifikasikan. Buatlah keputusan dengan bijak dan bukannya berdasarkan tekanan atau pertimbangan politik.

Awang - Tahu agenda tersirat .