Semua pihak perlu menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat. Pilihan rakyat adalah muktamad dan tidak sepatutnya dipertikaikan apatah lagi diperlekehkan. Sekali lagi negara ini telah membuktikan bahawa sistem demokrasi yang dilaungkan bukan sekadar kata-kata tetapi telah berjaya dilaksanakan.

Justeru, sekarang adalah masa untuk pemimpin-pemimpin yang dipilih ini bekerja dan menunaikan janji-janji dalam manifesto parti semasa berkempen dulu. Ini kerana dengan bersandarkan kepada manifesto parti itulah, pemimpin-pemimpin berkenaan diundi rakyat.

Sekarang bukan masanya untuk terus berpolitiking, mengadu domba, memfitnah dan menyalahkan pihak lain itu dan ini. Pilihan raya sudah tamat. Sekarang adalah masa berkhidmat untuk rakyat dan membuktikan kepada rakyat bahawa mereka telah membuat pilihan yang betul.

AWANG – Hormati suara rakyat.