Kes penderaan seumpama ini bukanlah satu cerita baharu atau pertama kali berlaku. Ada beberapa kes yang menyebabkan majikan dikenakan tindakan oleh mahkamah. Malangnya hukuman penjara atau denda masih belum cukup menginsafkan majikan.

Mungkin ramai yang masih ingat mengenai beberapa kes pen­deraan pembantu rumah dari Indonesia. Nama seperti Mantik Hani, Nirmala Bonat dan Siti Hajar Sadli menjadi tumpuan. Banyak pihak memberi perhatian terhadap penderaan itu.

Kesan kes seumpama ini amat besar termasuk dalam soal hubu­ngan diplomatik serta syarat-syarat kemasukan tenaga kerja Indonesia ke negara ini. Sehingga siasatan selesai, tidak wajar mana-mana pihak membuat kesimpulan. Soal siapa yang bertanggungjawab, biarlah undang-undang yang memutuskan. Kematian mangsa perlu mendapat pembelaan sewajarnya.

Apa yang berlaku itu mesti ada sebab atau puncanya. Mengikut undang-undang majikan dan mangsa ada hak masing-masing.

Awang berharap, apa pun kesalahan yang dilakukan (jika ada) oleh pembantu rumah, dia berhak mendapat layanan sebagai manusia, bukannya seperti haiwan. Diharapkan pihak polis dapat melakukan siasatan menyeluruh dan dalam tempoh itu, janganlah ada mana-mana pihak yang cuba mengeruhkan suasana.

AWANG - Tidak ada pembantu rumah.