Penglibatan ibu bapa perlu ditingkatkan lagi dalam enam aktiviti utama iaitu hari pendaftaran, hari penetapan sasaran, mesyua­rat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), hari pelaporan, hari sukan dan hari anugerah. Institusi sekolah kurang berkesan tanpa penglibatan ibu bapa atau penjaga.

Adalah amat penting, ibu bapa mendekatkan diri dengan sekolah untuk mengetahui perkembangan pelajaran anak-anak mereka. Me­lalui enam aktiviti berkaitan, banyak yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk kepentingan pengajaran dan pem­belajaran.

Dalam hal ini, PIBG yang dicetuskan pada 1971 bagi menjaga dan melindungi kebajikan pelajar dan guru-guru perlu mendapat sokongan sepenuhnya supaya berfungsi dengan baik. Malangnya di kebanyakan sekolah, kehadiran semasa mesyuarat PIBG jarang mencecah 50 peratus daripada jumlah ibu bapa pelajar.

Awang sedar ibu bapa sibuk dengan aktiviti seharian tetapi sekurang-kurangnya setahun sekali, hadirlah mesyuarat PIBG. Jangan hanya pandai mengkritik sekolah khususnya guru-guru di luar mesyuarat. Alangkah baiknya jika jumlah kehadiran ibu bapa semasa mesyuarat PIBG sama seperti hari pendaftaran anak.

AWANG - Sokong aktiviti sekolah, PIBG.