Selain faktor kewangan semasa dan perjanjian konsesi, beban yang harus ditanggung sekiranya dihapuskan adalah kos penyelenggaraan. Selain keadaan lebuh raya, kos untuk menyelenggara kemudahan pengguna terutama di hentian rehat dan rawat (R&R) juga tinggi.

Bayangkan keadaan tandas di R&R terutama pada musim perayaan sekiranya pemegang konsesi tidak mampu menampung kos penyelenggaraan. Begitu juga ganti rugi yang akan ditanggung kerajaan jika tol dihapuskan serentak.

Pemansuhan tol boleh dibuat mengikut situasi semasa seperti dilakukan di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau, Selangor dan Bukit Kayu Hitam.

Pengguna sentiasa mengharapkan perkhidmatan terbaik termasuk di lebuh raya. Kemudahan atau perkhidmatan yang terbaik secara tidak langsung akan mendorong penguna 'membayar'.

Awang sedar tidak semua orang menggunakan lebuh raya. Tidak adil wang kerajaan digunakan untuk membiayai kos selenggara jika tol dimansuhkan. Justeru sementara menanti tempoh konsesi tamat atau kewangan benar-benar kukuh, pengguna tidak ada pilihan lain kecuali membayar tetapi pada kadar yang rendah.

AWANG – Teringat tol Sungai Nyior.