Menerusi pelaksanaan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas), kata Ketua Pengarah JPJ, Datuk Shaharuddin Khalid, sebanyak 251,193 saman dikeluarkan oleh agensi itu mulai 15 April lalu hingga semalam.

Yang mengejutkan Awang, selain kesalahan melebihi had laju sebanyak 229,319 saman yang dikeluarkan, baki 21,874 saman lagi melibatkan kes melanggar arahan lampu isyarat.

Sikap melanggar lampu isyarat bukan isu remeh. Akhbar Awang beberapa bulan lalu turut membangkitkan kebimbangan terhadap perlakuan tidak bertanggungjawab ini.

Sepanjang enam bulan pertama tahun ini sahaja, sebanyak 301 penunggang motosikal maut manakala 299 lagi cedera akibat melakukan kesalahan ini.

Walaupun pelbagai usaha serta tindakan undang-undang telah diambil bagi menyedarkan bahayanya perbuatan tersebut namun penunggang-penunggang motosikal masih berdegil.

Syabas JPJ. Gunakanlah apa cara sekalipun untuk memben­dung tragedi air mata di jalan raya.

AWANG – Jalan bila lampu hijau.