Keputusan itu membuktikan bahawa kerajaan Malaysia komited terhadap pencarian berkenaan. Sebelum ini pelbagai usaha dilakukan secara bersama oleh kerajaan Malaysia, Australia dan China bagi mengesan pesawat malang berkenaan. Kerajaan amat memahami perasaan dan harapan keluarga mangsa.

Dalam hal ini, Malaysia tidak pernah berputus asa sehingga ‘pesawat’ berkenaan dapat ditemukan dalam apa keadaan sekali pun. Mengikut MoU itu, pencarian oleh Ocean Infinity Limited dari Amerika Syarikat akan melibatkan kawasan seluas 25,000 kilo­meter persegi di selatan Lautan Hindi dan mengambil masa 90 hari.

Pembayaran hanya akan dibuat apabila serpihan bangkai pesawat yang hilang ditemukan dan disahkan oleh pihak ketiga.

Awang berharap misteri kehilangan pesawat yang dalam penerbangan ke Beijing itu dapat dirungkai dan mampu memberi kepuasan kepada keluarga mangsa yang sudah lama diuji perasaan mereka. Sama-sama kita mendoakan pencarian pada kali ini memberi keputusan yang positif, sekurang-kurangnya dapat memberi jawapan di mana lokasi pesawat itu hilang dari radar. Kepada keluarga mangsa, doa dan ingatan kami sentiasa bersama anda.

AWANG – Masih menaruh harapan.