Pengeluar produk tiruan ini bijak menggunakan kepakaran mereka untuk mengaburi pengguna supaya produk berkenaan kelihatan sama dengan yang asli. Akhirnya pengguna tertipu de­ngan membayar kos asal yang mahal tetapi mendapat susu tiruan.

Banyak barang tiruan memasuki pasaran tanpa disedari de­ngan kaedah pembungkusan menyamai produk tulen sehingga sukar dibandingkan. Akibatnya pengguna produk tiruan terdedah kepada bahaya terutama yang berkaitan dengan makanan, kecantikan dan kesihatan.

Bagi menjaga imej produk dan melindungi pengguna, pengeluar barangan asli dengan kerjasama pihak berkuasa harus memainkan peranan lebih aktif. Lakukan pemeriksaan yang lebih kerap tanpa menunggu aduan. Begitu juga dengan peranan pengguna yang meragui ketulenan sesuatu produk.

Awang percaya produk tiruan akan terus berada di pasaran tanpa dapat dikesan. Berbanding tarikh luput yang jelas tertera, mengenali produk asli atau tiruan adalah lebih sukar. Justeru tindakan yang lebih tegas terma­suk mengenakan hukuman lebih berat perlu dikenakan terhadap pengeluar produk tiruan ini.

AWANG – Tahu beza madu asli dan tiruan.